Berita

 

LAWATAN PENANDAARASAN AKPANS MIPD KE JKSS

Disiarkan pada 25 Sep 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
KUCHING, 24 September 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menerima kunjungan delegasi seramai 16 orang daripada Ministry of Infrastructure and Port Development Sarawak (MIPD) sempena Lawatan Penandaarasan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS).

Delegasi MIPD diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Haji Latiff bin Coupon, Timbalan Setiausaha Tetap MIPD. Lawatan ini menjadi platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik JKSS dalam pelaksanaan serta persediaan yang menyumbang kepada kejayaan Jabatan memperoleh pengiktirafan AKPANS.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Tuan Muhammad Nuur Iman bin Suip, Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Sarawak, yang menyentuh beberapa aspek penting dalam perjalanan JKSS memperoleh AKPANS, meliputi amalan sedia ada, persediaan sebelum dan semasa penilaian, serta usaha penambahbaikan dan pembudayaan kualiti secara berterusan pasca-AKPANS.

Program diteruskan dengan lawatan tapak ke Mahkamah Tinggi Syariah Sarawak, termasuk kawasan One Facilitation Centre (OFC) JKSS, bagi memberi pendedahan lebih dekat mengenai kemudahan dan pendekatan penyampaian perkhidmatan yang dilaksanakan oleh JKSS.

Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh perkongsian ilmu dan hubungan strategik antara JKSS dan MIPD, di samping menyokong usaha berterusan kedua-dua agensi dalam membudayakan kecemerlangan serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam.

jkss

jkss

jkss

jkss

jkss