News

 

MAJLIS TAZKIRAH BULANAN DAN BACAAN YASIN JKSS

Posted on 25 Sep 2026
Source of News: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
25 September 2026 | Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah mengadakan Majlis Tazkirah Bulanan dan Bacaan Yasin bersama warga kerja JKSS Ibu Pejabat dan seluruh bahagian secara dalam talian melalui platform Zoom dari pejabat masing-masing.

Tazkirah telah disampaikan oleh Yang Arif Tuan Suhardi bin Bujang, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Zon Selatan, dengan tajuk “Nilai Syariah JKSS: Integriti dan Baik Hati”.

Tazkirah tersebut menekankan kepentingan penerapan nilai integriti dan baik hati dalam diri setiap warga kerja, bukan sahaja dalam melaksanakan tugas, malah dalam hubungan sesama insan. Penghayatan nilai-nilai tersebut dapat membentuk peribadi yang amanah, saling menghormati serta menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan organisasi.

Semoga majlis seperti ini menjadi amalan yang berterusan dalam usaha memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni, meningkatkan jati diri serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja JKSS, seterusnya membentuk warga kerja yang berintegriti, berakhlak dan sentiasa mengamalkan nilai baik hati dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

JKSS

JKSS

jkss

jkss

jkss