UCHING, 9 Oktober 2026 (Jumaat) – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) melalui Unit Psikologi dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Program Glow Up Challenge – Goodbye Calories 2026 yang disempurnakan oleh YAA Datu Haji Awg Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Sarawak.
Program yang berlangsung mulai 6 Februari hingga 30 September 2026 ini telah melibatkan seramai 34 orang warga kerja JKSS dengan penyertaan bagi kategori lelaki dan wanita, merangkumi usaha mencapai berat badan ideal serta mengekalkan berat badan ideal.
Bagi tahun 2026, program ini memberi tumpuan kepada warga kerja Ibu Pejabat JKSS dan dirancang untuk diperluas ke seluruh JKSS pada tahun-tahun akan datang.
Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan dalam menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan serta membentuk disiplin dan komitmen terhadap kesejahteraan diri.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan penghargaan kepada seluruh peserta atas kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.
Diharapkan agar inisiatif seumpama ini terus menjadi pemangkin kepada pembudayaan gaya hidup sihat dan kesejahteraan berterusan dalam kalangan warga kerja JKSS.
Kesihatan ialah aset, kesejahteraan ialah keutamaan!
