SAMBUTAN HARI LAHIR KE-80 TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK: KONTINJEN JKSS RAIH TEMPAT KETIGA KATEGORI JABATAN
Posted on 10 Oct 2026
Source of News: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
KUCHING, 10 Oktober 2026 (Sabtu) – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menyertai Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa bersempena Sambutan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching.
Istiadat yang diadakan bagi meraikan sambutan hari lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ini turut melibatkan penyertaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan sebagai tanda penghormatan serta semangat kebersamaan dalam menjayakan acara rasmi peringkat Negeri Sarawak.
Dalam istiadat tersebut, Kontinjen JKSS telah berjaya meraih Tempat Ketiga bagi Kategori Jabatan, sekali gus mencatatkan pencapaian yang membanggakan seluruh warga jabatan. Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, disiplin dan semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan anggota kontinjen sepanjang menjalani latihan dan persiapan.
Penyertaan JKSS dalam istiadat ini mencerminkan komitmen jabatan dalam mendukung acara rasmi negeri, di samping memperkukuh semangat berpasukan, kesepaduan dan nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh anggota Kontinjen JKSS atas kejayaan yang diraih. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus membudayakan kecemerlangan, disiplin dan kerjasama dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab jabatan.