Berita

 

LAWATAN PENANDA ARAS SACSES JABATAN MUFTI SARAWAK KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK

Disiarkan pada 16 Oct 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
KUCHING, 15 Oktober 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menerima lawatan penanda aras daripada Jabatan Mufti Sarawak yang diketuai oleh Yang Berusaha, Ustaz Khalipah bin Juli, Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Sarawak.

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung pelaksanaan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) sebagai salah satu elemen dalam Sarawak Civil Service (SCS).

Program melibatkan seramai 10 orang delegasi daripada JMS, serta diisi dengan sesi pembentangan, perkongsian maklumat dan interaksi dua hala.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh amalan tadbir urus dan kelestarian organisasi.

JKSS

JKSS

JKSS

JKSS