MAJLIS TAZKIRAH BULANAN DAN BACAAN YASIN JKSS: MEMPERKUKUH BUDAYA INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN
Posted on 17 Oct 2026
Source of News: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
KUCHING, 16 Oktober 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah mengadakan Majlis Tazkirah Bulanan dan Bacaan Yasin bertempat di Bilik Seminar Ibu Pejabat JKSS serta secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.
Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi ini telah diisi dengan bacaan Yasin dan sesi perkongsian bertajuk “Integriti Tanggungjawab Bersama” yang disampaikan oleh Encik Hafizuddin bin Saili.
Perkongsian ini memberi penekanan terhadap kepentingan membudayakan nilai integriti, amanah dan kejujuran dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Integriti bukan sahaja menjadi tanggungjawab individu, malah merupakan komitmen bersama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang telus, beretika dan berakauntabiliti.
Sebagai pengukuhan kepada sesi perkongsian tersebut, semua warga kerja JKSS diwajibkan melengkapkan Kuiz Literasi Antirasuah JKSS sehingga mencapai status LULUS sebagai salah satu bentuk latihan dan peningkatan kesedaran berkaitan integriti serta pencegahan rasuah. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha jabatan dalam menyokong pelaksanaan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS), khususnya aspek kesedaran dan latihan.
Penganjuran majlis ini diharapkan dapat terus memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni serta membudayakan integriti sebagai amalan berterusan dalam kalangan seluruh warga kerja JKSS.