News

 

JKSS SERTAI KEMERIAHAN RERUAI PERKHIDMATAN SEMPENA ZIARAH MAHABBAH MIS 1448H/2026M ZON TENGAH II

Posted on 20 Oct 2026
Source of News: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
SIBU, 18 Oktober 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menyertai Reruai Perkhidmatan dan Karnival Mini Pendidikan Agensi atau Jabatan bersempena Program Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak (MIS) 1448H/2026M Zon Tengah II (Sibu, Sarikei dan Betong) yang berlangsung pada 17 hingga 18 Oktober 2026 bertempat di perkarangan tempat letak kenderaan, Kompleks Islam Sarawak, Sibu.

Pameran reruai JKSS berlangsung selama dua hari, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari pertama dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari pada hari kedua.

Sepanjang pameran berlangsung, reruai JKSS telah menerima seramai 391 orang pengunjung, iaitu 220 orang pada hari pertama dan 171 orang pada hari kedua. Sebanyak 150 unit cenderahati turut diagihkan kepada para pengunjung sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan sambutan yang diberikan.

Penyertaan JKSS dalam program ini merupakan salah satu usaha mendekati masyarakat melalui penyampaian maklumat berkaitan perkhidmatan kehakiman Syariah, prosedur Mahkamah Syariah serta peranan JKSS dalam memperkukuh sistem keadilan Syariah di Sarawak.

Nantikan program iringan JKSS bersempena Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak 1448H/2026M di Zon Tengah, iaitu Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak yang akan diadakan di Beladin, Kapit dan Belawai, serta Seminar Bahagian Sokongan Keluarga di Sibu.

JKSS akan terus komited memperluas akses masyarakat kepada maklumat dan perkhidmatan kehakiman Syariah melalui pelaksanaan program penerangan, pendidikan serta kesedaran undang-undang secara berterusan.

jkss

jkss