Lawatan Sambil Belajar daripada Sekolah Menengah Agama Matang 2
Rabu | 16 Oktober | 13 Rabiulakhir 1446 Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak telah menerima kunjungan Lawatan Sambil Belajar daripada Sekolah Menengah Agama Matang 2. Seramai 12 orang pelajar dan dua orang guru pengiring telah menyertai lawatan ini. Antara objektif lawatan ini adalah untuk melihat prosiding kes sebenar di dalam mahkamah serta membantu para pelajar memahami proses perceraian dan hak-hak selepas perceraian. Rombongan pada awalnya telah menghadiri prosiding kes Mahkamah Rendah Syariah serta Mahkamah Tinggi Syariah dan kemudiannya mengikuti sesi taklimat dan soal jawab yang telah dikendalikan oleh Pegawai Penyelidik Mahkamah Tinggi Syariah iaitu Puan Athirah binti Firdaus dan Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Tuan Nuur Iman bin Suip.