Sesi Taklimat dan Pengauditan Awal Keselamatan Perlindungan bersama CGSO JKSS Miri
18 Sep 2025 - 10 Oct 2025,
Miri
JKSS
Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Miri telah mengadakan Sesi Taklimat dan Pengauditan Awal Keselamatan Perlindungan bersama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Sarawak pada 18 hingga 19 September 2025 bertempat di JKSS Miri. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Tuan Azizol Rahman bin Yon, Pengarah CGSO Sarawak, dengan fokus kepada pematuhan aspek keselamatan perlindungan di jabatan. Penganjuran sesi ini mencerminkan komitmen JKSS dalam memastikan tahap keselamatan perlindungan sentiasa berada pada standard tertinggi selaras dengan garis panduan CGSO.
Tarikh : 18-19 September 2025
Tempat: Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Miri




Untuk maklumat lanjut, sila layari
sini