News

 

Lawatan Sambil Belajar daripada Kolej Komuniti Mas Gading

Posted on 25 May 2023
Source of News: Unit Komunikasi Korporat JKSS

Rabu | 24 Mei 2023 | 4 Zulqaedah 1444H   Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak telah menerima kunjungan rombongan Lawatan Sambil Belajar daripada Kolej Komuniti Mas Gading. Seramai 18 orang pelajar dan di iringi oleh Puan Suriani Bt Suaidi. Lawatan ini bertujuan memenuhi keperluan Kursus Pendidikan Islam pelajar-pelajar bagi topik Perkahwinan Dalam Islam.Pelajar-pelajar juga telah didedahkan dengan tatacara prosiding untuk kes-kes Syariah sebenar dan kemudian melalui sesi soal jawab yang dikelola oleh Pegawai Penyelidik JKSS,Tuan Mohd Hazim Bin Borhan