picture

News

 

Kunjungan Hormat kepada Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan,Timbalan Premier Sarawak

Posted on 04 Oct 2023
Source of News: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK

Selasa | 3 Oktober 2023 | 18 Rabiulawal 1445. Yang Amat Arif Datu Awg Suhaili Bin Ledi,Ketua Hakim Syarie Sarawak telah mengetuai rombongan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak untuk mengadakan Kunjungan Hormat kepada Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan,Timbalan Premier Sarawak di Pejabat beliau pada pagi tadi. Kunjungan Hormat antara lain membincangkan berkenaan cadangan pihak jabatan untuk mengadakan Seminar Undang-Undang Keluarga Islam di Lawas,Limbang. Cadangan diterima baik oleh YB Timbalan Premier Sarawak dan turut mencadangkan beberapa pengisian program agar dapat memberi impak yang lebih besar  bukan sahaja dalam keharmonian keluarga Islam malah dalam sosio-ekonomi keluarga Islam.