Perutusan

 

Perutusan


 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W, dengan limpah dan kurniaNya kita dapat menyusuri tahun demi tahun sehingga ke tahun 2024 dengan aman dan damai. Semoga tahun ini dan tahun – tahun yang mendatang dapat dilewati dengan penuh rasa kesyukuran dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

 

Dalam arus pembangunan teknologi ICT dewasa ini, JKSS bergerak seiring dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membudayakan ICT di negara ini. Jabatan sesungguhnya berusaha menjadikan Laman web ini berinformatif dan  sebagai saluran untuk menyebarkan maklumat dan aktiviti jabatan kepada umum serta dapat dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

 

Sehubungan itu, dengan adanya laman web ini, saya berharap ianya dapat dijadikan medium perantaraan kepada warga JKSS dan pengunjung bagi mendapatkan informasi terkini mengenai aktiviti dan perkembangan terkini jabatan. Sebarang cadangan, pandangan, pertanyaan dan maklumat daripada pengunjung adalah amat dialu-alukan.

Selamat melayari laman web JKSS.

 

Wassalam.

Yang Amat Arif Datu Haji Awang Suhaili Bin Ledi

Ketua Hakim Syarie

Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak